27 November 2011

Peranan dan tugas guru pemulihan

PERANAN DAN TUGAS GURU PEMULIHAN
Menurut Koh Boh Boon (1981), guru mestilah mempunayi kemahiran dan ini bergantung kepada : 
1-    Kebolehan dan kecekapan guru dalam menjalankan pendidikan pemulihan 
2-    Kemahuan guru untuk mempelajari and mencuba aktiviti-aktiviti pemulihan 
3-    Bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat dan guru besar dalam mencuba sesetengah aktiviti pemuliahan yang dipelajari

Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam surat Pekeliling bertarikh 17 Mac 1986, Jilid v/ (29) telah menyenaraikan beberapa peranan dan tugas guru pemulihan. Antaranya :
  •        Menjalankan kerja-kerja pemulihan
  •            Membantu guru-guru asas dalam hal-hal :
  •        Mengenal pasti murid-murid lemah
  •       Merancang dan menyediakan aktiviti
  •       Mengatur jadual waktu pengajaran
  •       Mengajar bersama-sama guru asas
  •       Berjumpa dan berbincang dengan guru kelas
  •       Membuat penilaian dan merekodkannya
  •       Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
  •       Mengadakan bengkel di peringkat sekolah dan daerah
  •       Tugas-tugas lain

26 November 2011

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

PENGENALAN
Ministery Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Pembentangan konsep NKRA kepada YAB Menteri Pelajaran pada 10 Ogos 2009 memutuskan bagi mencapai MPKI 2, kemahiran guru dalam melaksanakan pemulihan dan bimbingan untuk mencapai literasi dan numerasi perlu ditingkatkan. LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di semua sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawabkan memberi latihan kepada guru dengan kerjasama semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui Bidang Matematik dan Bidang Bahasa Melayu di Sektor Pengurusan Akademik.




OBJEKTIF
1.  Membimbing murid untuk mencapai literasi dan numerasi.

2.
  Memantau prestasi murid dalam Program LINUS.

3.
  Merangka program pemulihan pembelajaran murid LINUS.

4.
  Menjalankan kursus dalaman di sekolah khususnya kepada semua guru Tahap 1.


KUMPULAN SASARAN
Guru Tahap 1 Sekolah Rendah (Bermula dengan guru Tahun 1, 2010).


PELAKSANAAN PROGRAM
Pihak sekolah diminta mencalonkan wakil guru (seorang guru Literasi dan seorang guru Numerasi) kepada pegawai meja di Jabatan Pelajaran Negeri untuk menghadiri kursus LINUS peringkat negeri. Pada tahun 2010, kursus peringkat negeri dilaksanakan untuk guru Tahun 1 diikuti dengan guru Tahun 2 pada tahun 2011 dan guru Tahun 3 pada tahun 2012. Kursus ini dibimbing oleh Jurulatih Utama LINUS yang telah mendapat latihan pusat anjuran Bahagian Pendidikan Guru. Pengisian kursus melibatkan aktiviti ceramah, perbengkelan dan pembentangan. Guru tersebut wajib melaksanakan kursus dalaman kepada warga guru di sekolah khususnya kepada guru Tahap 1. Terdapat tiga peringkat saringan dijalankan setiap tahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan September untuk memantau prestasi murid LINUS. Murid LINUS yang tidak mencapai aras konstruk yang ditetapkan diwajibkan mengikuti program LINUS menggunakan Modul LINUS yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.


PENUTUP
Program LINUS merupakan satu pendekatan bersepadu yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal murid berada di Tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah dan PPD selaku "ownership" kepada pelaksanaan LINUS di daerah kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.













Pemulihan Khas

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN
Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN
Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud ekmbali seprti biasa, sembuh, atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini adalah berkait rapat dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan daalm pembelajaran. Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang tidak betul. Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan.
Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran pada tahap yang sepatutnya dicapai.
Sampson (1975) pula mentafsirkan pendidikan pemulihan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingakn daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.  

PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH
Konsep pendidikan pemulihan di sekolah dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1)   Pendidikan pemulihan kelas biasa
Pendidikan pemulihan kelas biasa dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran, khususnya guru bahasa Melayu. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran-pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari biasa
2)    Pemulihan bagi program kajian tindakan
Kelas pemulihan bagi program kajian tindakan difokuskan kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Tahap Satu dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dilaksanakn berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid yang mungkin menjelaskan pencapaian yang baik dalam ujian penilaian.
3)    Kelas pemulihan khas
Kelas pemuliahn khas merupakan kelas yang diwujudkan khusus untuk mengatasi masalah murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas, khususnya 3M. Kelas ini dikendalikan oleh seseorang guru khas yang terlatih. Murid-murid daripada pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi masalah yang sama dikelompokkan dalam satu kelas untuk memudahkan pengajaran-pembelajaran.

RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
1-    Murid-murid merupakan indidvidu-individu yang berbeza dari segi pengalaman, minat, dan kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boelh emnjadi punca masaalh yang utaam kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
  2-    Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang telah dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langakh untuk mengatasi masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya ialah :
  a) Kenaikan darjah secara automatic seperti yang berlaku sekarang dikekalkan dan mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu diberi pendidikan pemulihan.
  b)Kurikulum yang ada sekarang hendaklah disusun semula  
supaya dapat diubah suai bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas babkan membolehkan murid yang cerdas bertambah maju.
c)Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan taraf pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan.
  d)Usaha untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG.
  e)Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan diteruskan kerana faedah-faedah yang diperoleh.


MATLAMAT PENDIDIKAN PEMULIHAN
Antara matlamat utama program pemulihan ialah :
  • 1-    membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu
  • 2-    membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
  • 3-    memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :
1-    menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dipilih dan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid
2-    mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental individu
3-    mengurangkan beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang lemah melalui bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa)
4-    mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju
5-    memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat
6-    mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah
7-    meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing

KUMPULAN SASARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan diajalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecaactan akal atau terencat akal :
1) Masalah pembelajaran akibat : 
a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
b) sering tidak ahdir ke sekolah
c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) leka dan lambat
2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
a) masalah peribadi
b) masalah psikologi
c) kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir,bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan

 PRINSIP PENDIDIKAN PEMULIHAN
Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan pendidikan pemulihan. Antaranya ialah :
  • Menentukan objektif pendidikan pemulihan
Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa pendidikan pemulihan dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran, membimbing mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan deria rasa, penglihatan, pengdengaran dan pertuturan.
  • Menyusun strategi pendidikan pemulihan
   1)    Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang dibuat dengan ibu bapa
  2)    Mengenal pasti masalah  pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang antaranya terdiri daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis
   3)    Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran
   4)    Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu, kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya
   5)    Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan pelajar dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan
   6)    Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya
  • Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan
   -       Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid
   -       Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan deria
   -       Matlumat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera
  • Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai
Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya :
-       Pendekatan Deduktif
-       Pendekatan Induktif
-       Pendekatan Elektif
-       Kaedah Komunikatif
-       Pendekatan Main Sambil Belajar
-       Teknik Bercerita
-       Teknik Latih Tubi
-       Teknik Bersoal Jawab

CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN
A         Pemerhatian
Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka dengan lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.
B         Pentafsiran rekod prestasi
Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.
C         Rekod profil
Rekod profil ialah rekod yang member maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred.  Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
D         Ujian kertas dan pensel
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.
E         Temu bual dengan guru darjah
Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalh pembelajaran murid.
F          Temu bual dengan ibu bapa
Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat  contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah. 


 

20 November 2011

Contoh kelas pemulihan khas yang ceria















Selamat Pagi

Lagu Kenali Nombor

Numbers 1 - 10

Bahan Bantu Mengajar (LINUS) yang cantik